Juara 10 kali berturut-turut Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT), berada dalam kelompok lima kelab elit terbaik Asia berdasarkan data yang dikeluarkan laman Opta Power Ranking, semalam.

Kedudukan itu sekali gus menyaksikan JDT memintas kelab bimbingan bekas jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon, Ulsan HD yang turun satu anak tangga dibawah skuad kendalian Hector Bidoglio.




Di peringkat dunia pula, JDT berada di kedudukan ke-231 daripada 13,500 pasukan bola sepak seluruh dunia.

Ini susulan kelab itu melakar keputusan seri dan satu kemenangan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) sekali gus mengumpul empat mata untuk berada di kedudukan kedua Kumpulan B.





Dalam pada itu, pasukan dari Arab Saudi, Al-Hilal menduduki ranking pertama diikuti Al-Nassr dan wakil dari Jepun, Vissel Kobe di tangga ketiga pasukan terbaik.

Sebelum ini, pasukan Harimau Selatan itu berada di kedudukan ketujuh.