Johor Darul Ta'zim (JDT) akhirnya meraih kemenangan 1-0 selepas terpaksa mengharungi tentangan sengit daripada PKNS dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam ini.
JDT menguasai perlawanan tetapi sekurang-kurangnya empat peluang dilepaskan pemain paling mahal dalam Liga Malaysia, Mohammed Ghaddar.
Percubaan pertama Ghaddar terkena tiang sebelum gagal mengelirukan Zamir Selamat ketika dia hanya perlu berdepan penjaga gol itu untuk meletakkan JDT di depan.
Dua lagi peluang dimiliki Ghaddar pada separuh masa kedua, dengan satu lawan satu berdepan Zamir sekali lagi dipersia-siakan selepas percubaan ketiganya turut tersasar.
Ini merupakan perlawanan sulung Ghaddar bersama JDT selepas berpindah dari Kelantan pada pertengahan bulan ini tetapi penyokong Harimau Selatan belum lagi disajikan dengan prestasi terbaik daripada penyerang Lubnan itu.
Selepas itu, bekas pemain PKNS, Gabriel Miguel Guerra, pula melepaskan peluang keemasan apabila rembatannya melewati palang gol ketika dia berdepan dengan pintu gol terbuka.
Dengan serangan berterusan dilancarkan, gol JDT akhirnya hadir setelah perlawanan memasuki minit ke-78, mujur Amirulhadi Zainal berada di kedudukan tepat untuk menyentuh masuk bola hantaran Ghaddar.
Bagaimanapun, pada penghujung perlawanan, K. Gurusamy, hampir-hampir membuatkan JDT pulang dengan satu mata apabila sepakan percuma diambilnya terkena tiang sebelum tindakan susulan jarak jauh daripada Patrick Ronldinho Wleh ditanggap kemas Farizal Marlias.
Kemenangan itu membolehkan JDT terus menguasai Liga Super dengan perbezaan enam mata di depan Pahang dan Kedah yang turut menewaskan lawan masing-masing, malam ini.
Kedah menewaskan T-Team 3-0 di Stadium Darulaman manakala Pahang menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Selayang.
Perlawanan di Kota Bharu menyaksikan Kelantan terikat 2-2 menentang Pulau Pinang dan aksi di antara Perak dan Sarawak turut seri 0-0.
Turut berlangsung hari ini lima perlawanan Liga Perdana dengan pendahulu, Negeri Sembilan, sekadar meraih seri 1-1 menentang JDT II.
Keputusan Liga Perdana:
Kuantan 3 Sabah 2
Negeri Sembilan 1 JDT II 1
PDRM 4 PKNP 1
Terengganu 2 UiTM 1
MISC-MIFA 2 Perlis 3