Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan penguasaan dalam kancah sukan bola sepak apabila kini berada di kedudukan kelapan di Asia dan mendominasi apabila merupakan pasukan nombor satu di Asia Tenggara.

JDT ketika ini merupakan pasukan di kedudukan ke-279 dunia berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Opta Analyst semalam.






Manakala, pencabar terdekat iaitu Selangor pula berada di kedudukan ke-122 Asia dan Terengganu berada di kedudukan ke-189.


Sebelum ini, Mei lepas menyaksikan juara Piala FA 2024 itu berada di kedudukan ke-14 dan pasukan ke-317 daripada 13,448 pasukan yang dihimpunkan oleh laman Opta Analyst.