JDT 6 SARAWAK UNITED 0
Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan momentum kemenangan dalam pemburuan trofi kesembilan berturut-turut Liga Super dengan menjadikan Sarawak United sebagai mangsa terbaru, sebentar tadi.
Sarawak United yang di bawah bimbingan B. Sathianathan terpaksa mengharungi sepanjang separuh masa kedua dengan 10 pemain selepas Raja Imran Shah Raja Amin dibuang padang untuk kekalahan 0-6 di Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah.
JDT -- yang beraksi buat kali ketiga di Larkin musim ini -- tidak berdepan tugas mudah dalam separuh masa pertama jaringan pembukaan menerusi rembatan rendah Fernando Foretieri pada minit ke-15 disusuli gol daripada Bergson Da Silva.
Tiga minit selepas layangan kad merah oleh pengadil dari Kuala Lumpur, Zulkarnain Zakaria, pada minit ke-60, Bergson sekali lagi menemui sentuhan pemusnah sebelum jaringan Carli de Murga menerusi sepakan penjuru untuk kedudukan 4-0.
Pemain gantian, Safawi Rasid -- yang mengundang kekasaran Raja Imran Shah untuk kad kuning keduanya -- turut memahat nama selaku penjaring apabila menyambar umpanan daripada Bergson di dalam kotak penalti pada minit ke-81.
Foretieri kemudian menggandakan jaringan peribadinya untuk melengkapkan kemenangan 6-0 -- empat minit sebelum beberapa insiden kekasaran lagi mewarnai perjalanan ke wisel penamat.
Keputusan lain:
Kedah Darul Aman 3 Kuala Lumpur City 2
Sabah 3 Petaling Jaya City 1