Skip to main content

Bola Sepak

JDT kekal rekod tanpa kalah

jdt-perak.jpg
PERAK 0 JDT 3

Juara Liga Super 2019, Johor Darul Ta'zim (JDT), mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan musim ini selepas membaham Perak 3-0 di Stadium Perak, sebentar tadi. 


Dua jaringan Leandro Velasquez serta satu gol oleh  Akhyar Rashid membolehkan pasukan Harimau Selatan itu mencatat kemenangan ke-15 mereka dalam perlawanan yang tidak mempunyai sebarang ertinya buat juara enam kali itu kecuali mahu mengelakkan kekalahan. 

Walaupun tuan rumah cuba memberi tentangan, JDT nyata berada dalam kelas tersendiri untuk dicabar. 

Perak sepatutnya mendahului seawal minit kelima tetapi rembatan Ronaldo Henrique Silva sipi ke tiang kiri pintu gol pelawat. 

Perak terus melancarkan serangan selepas itu tetapi Raianderson Da Costa Morais atau Careca gagal menewaskan Farizal Marlias yang bertindak cemerlang memastikan kubunya tidok bolos. 

Bertentangan dengan arus permainan, JDT berjaya merobek gawang Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy melalui tindakan pemusnah Velasquez pada minit ke-37. 

Dua minit saingan babak kedua berlangsung,  Velasquez meledak rembatan kencang melepasi Hafizul Hakim sekali lagi untuk mengukuhkan kedudukan dengan kelebihan dua gol.

Skuad The Bos Gaurus melancarkan serangan selepas itu dalam usaha mencari gol tetapi segala usaha mereka gagal. 

Pemain gantian, Akhyar, menambah luka tuan rumah menerusi gol ketiga pelawat selepas berada di atas padang kurang dari seminit untuk melengkapkan kemenangan juara bertahan itu. 

Kredit foto: Johor Southern Tigers

Keputusan lain:

Liga Perdana
SARAWAK 2 NEGERI SEMBILAN 4
UITM FC 1 PDRM FA 2
TFC II 0 PULAU PINANG 0


Liga Super
PAHANG 2 KUALA LUMPUR
PJ CITY FC 1 MELAKA 2

Advertisement

Must Watch Video