Johor Darul Ta'zim muncul pasukan pertama Malaysia yang beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) bagi musim 2024/2025.

JDT hadir sebagai juara Liga Super membawa terus membawa cabaran Liga Malaysia beraksi dalam saingan ACLE, yang menjalani proses penjenamaan semula daripada saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) ke ACLE bagi musim hadapan.



Bagi musim 2023, JDT gagal melayakkan diri ke peringkat kalah mati susulan menamatkan saingan di tempat ketiga Kumpulan I di belakang Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai.

Bakal mengharungi musim baharu, ternyata mereka bakal memperkuatkan lagi pasukan dalam usaha untuk terus membawa nama Liga Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.