Terengganu FC (TFC) akhirnya bersedia menyahut saranan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk melantik pengarah teknikal bagi saingan Liga Malaysia 2020.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim, turut membayangkan lantikan jawatan itu dalam masa terdekat.
Keutamaan PBSNT, begitupun katanya adalah memuktamadkan barisan kejurulatih pasukan TFC hingga TFC IV selain melihat kepada kedudukan kewangan badan induk itu.
"Kami ada komitmen ke arah itu (Pengarah Teknikal) tapi sekarang fokus kepada menyelesaikan kekosongan jurulatih dahulu.
"Perbelanjaan juga perlu diambil kira dan saya lihat kami mungkin ada pengarah teknikal musim depan," jelas Hishamuddin.
FAM menerusi Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin, sebelum ini bercadang untuk menetapkan jawatan tersebut sebagai mandatori dalam pelesenan kelab.
TFC pernah melantik Mike Mulvey sebagai pengarah teknikal pada 2016 sebelum melaungkan skrip sama pada 2017 dan kemudian pertengahan tahun ini.
Hishamuddin berkata demikian selepas berakhir Konres Tahunan PBSNT di Kuala Terengganu yang dipengerusikan presidennya, Datuk Seri De Ahmad Samsuri Mokhtar, semalam.
Kredit foto: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT)
Tengku Danish Bahri
Wed Oct 16 2019