Kapten Liverpool, Virgil Van Dijk, menegaskan bahawa pasukan itu tidak mengendahkan kritikan luar.
Ia selepas bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney, menyifatkan pergerakan Van Dijk yang membawa kepada gol Paris Saint-Germain (PSG) dalam kekalahan Liga Juara-Juara (UCL) pada Rabu lalu sebagai "malas".
Walaupun tampil luar biasa musim ini bersama The Reds dan berpotensi memenangi anugerah individu sekiranya tidak dibayangi rekod gol Mohamed Salah, Van Dijk tidak terlepas daripada kritikan berikutan kekalahan kepada PSG menerusi sepakan penalti.
Menjawab komen Rooney, Van Dijk berkata: "Seseorang memberitahu saya tentang perkara ini. Saya fikir pada masa itu saya membantu Andy Robertson, memberitahu dia supaya 'membersihkan' bahagian luar (kotak penalti) maka saya mengawal bahagian dalam.
"Saya juga mahu menjelaskan apa yang saya fikirkan ketika itu, tetapi jika dia fikir ia satu kemalasan maka ia adalah pendapatnya, itu sahaja. Adakah anda fikir saya malas?"

?️ "The only thing I know is I want Virgil to be here next year"
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) March 14, 2025
Arne Slot speaks on the future's of Van Dijk, Salah and Alexander-Arnold ?pic.twitter.com/UIDLjZzaRZ