Pemain Portugal, Vieirinha, memilih waktu yang tepat untuk menjaringkan gol pertamanya selepas 18 bulan, apabila menyumbat gol tunggal kemenangan untuk membantu Wolfsburg menewaskan Eintracht Braunschweig 1-0.
Keputusan itu menyaksikan Wolfsburg menang 2-0 secara agregat, sekaligus menyingkirkan Braunschweig ke Bundesliga 2, musim hadapan.
Kali terakhir Vieirinha menjaringkan gol adalah pertemuan menentang Manchester United dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada Disember 2015.
Gol tunggal perlawanan itu terhasil daripada gerakan Yunus Mallic dan Christian Trasch sebelum Vieirinha menyudahkan bola lantunan ke dalam gol lawan.
Wolfsburg, naib juara Bundesliga musim 2014-15, jelas melalui musim yang sukar pada musim ini, terutama selepas kehilangan beberapa pemain utama yang berpindah seperti Julian Draxler, Andre Schurrle, Bas Dost, Max Kruse dan pertahanan Brazil, Dante.