TERENGGANU FC II 1 UiTM FC 0
Juara Piala Cabaran 2018, Terengganu FC (TFC) II, melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana selepas mengalahkan UiTM FC 1-0 di Kuala Terengganu, malam ini.
Rentak hambar dipamerkan kedua-dua pasukan sehingga setengah jam permainan menerusi percubaan kapten TFC II, Akanni Sunday Wasiu, yang melambung tinggi.
Penyerang Nigeria itu terus menguji kubu bekas majikannya itu pada minit ke-34 yang menyaksikan rembatan derasnya dari kawasan berbahaya tersasar dari sasaran.
Seminit selepas itu, UiTM FC melakukan asakan pertama, namun sepakan pemain kelahiran Brunei, Adi Said, gagal mencemaskan penjaga gol tuan rumah.
Peluang terbaik TFC II hadir pada minit ke-40 melalui Mohamad Ridzuan Razali, malangnya rembatan leret itu ditangkap kemas penjaga gol pelawat, Nor Haziq Aris.
UiTM FC memperkemaskan rentak dan nyaris memecahkan kebuntuan apabila gerakan dimulakan Adi tidak disudahkan dengan baik oleh Shafiq Al-Hafiz Dawawi (m-47).
Tonggak import, Bruno Suzuki, akhirnya memecahkan kebuntuan pada minit ke-51 selepas menyambar hantaran Mohd Hafizal Alias untuk TFC II mendahului satu gol.
TFC II hampir menjarakkan kedudukan menerusi percubaan Bruno (m-56) serta Ridzuan (m-62) dari dalam kotak penalti tetapi tinggi melepasi pintu gol.
Hasrat UiTM FC untuk berkongsi mata tidak kesampaian apabila voli menarik Mohd Nazrin Syamsul Bahri pada minit ke-83 tepat ke dakapan Mohd Sharmiza Yusoff.
Kemenangan yang diraih TFC II itu membolehkan mereka mengutip 19 mata, satu mata di belakang UiTM FC yang kekal di kedudukan kedua.
Keputusan lain:
JDT II 0 PDRM 1
UKM 1 PULAU PINANG 1