Skip to main content

Bola Sepak

Jaringan tingkatkan semangat Dybala

paulodybala.jpg
Paulo Dybala lega apabila berjaya meledak gol ketika Juventus meraih kemenangan 2-0 ke atas Bologna dalam saingan Serie A.

Penyerang Argentina itu membuka jaringan pada minit ke-11 dan Blaise Matuidi menggandakan jaringan sejurus kemudian bagi memastikan skuad kendalian Massimiliano Allegri itu mengekalkan rekod kemenangan, dengan aksi esok menyaksikan Juve akan berdepan Napoli.

Kehadiran Cristiano Ronaldo dan penghijrahan Gonzalo Higuain bermakna jentera serangan Juve perlu diubah suai dan Dybala yakin dia mampu menampilkan aksi cemerlang

"Jaringan tersebut memberikan keyakinan kepada saya," kata Dybala.

"Saya telah bekerja keras untuk pasukan sejak permulaan musim ini.

"Bagaimanapun, Juve perlukan lebih lagi, penyokong juga mahukan lagi daripada saya. Pemain-pemain penting telah tiba menyertai pasukan musim ini.

"Dengan Ronaldo, hadirnya semangat yang tinggi. Kami beraksi dengan cemerlang dan mahu meneruskan persembahan ini.

"Bagaimana mahu bertambah baik bersama Ronaldo? Berlatih dan bermain dengan penuh semangat. Kami bukan sahaja bermain untuk Ronaldo, kami membantunya untuk menjaringkan gol tetapi kami mahu memastikan kemenangan."

Advertisement

Must Watch Video