Terengganu FC menundukkan juara bertahan, Pahang, 2-1 dalam aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi, untuk bekalan tipis menjelang aksi kedua di tempat lawan, 10 Mei ini.
Terengganu yang tewas 0-3 kepada Tok Gajah dalam pertemuan Liga Super, Februari lalu, turun dengan sedikit kelebihan.
Ia susulan skuad Tok Gajah tidak dapat menurunkan dua pemain tonggak, Dickson Nwakaeme dan Safuwan Baharudin, ekoran kecederaan.
Tidak menunggu lama, skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu mempamerkan aksi penuh bertenaga apabila membuka jaringan seawal minit kesembilan.
Penyerang, Abdul Malik Mat Ariff, menyempurnakan hantaran Lee Tuck sebelum bijak menewaskan penjaga gol, Helmi Eliza Elias.
Jaringan itu menyemarakkan api perjuangan skuad bimbingan Irfan Bakti berkenaan dan gol kedua tuan rumah menyusul pada minit ke-26.
Ia susulan kesilapan pertahanan Pahang, Herold Goulon, yang dimanfaatkan penggempur, Tchetche Kipre.
Tuan rumah yang mendahului 2-0 dalam babak pertama mengendurkan asakan dalam babak berikutnya tatkala giliran lawan menjelmakan kebangkitan.
Hasilnya, pelawat merapatkan kedudukan apabila lambungan Matthew Davies ditanduk masuk penyerang, Ze Eduardo, pada minit ke-57.
Gol tempat lawan itu meletakkan Skuad Peteh dalam tekanan sebelum mereka kembali memperkemaskan rentak permainan sehingga wisel penamat.
"Kami lambat memberi tekanan kepada pemain Pahang yang menggerakkan hantaran.
"Sepatutnya sebelum bola itu dihantar, Igor Zonjic sudah mengesan kedudukan penyerang lawan," ujar Irfan.
"Saya berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan barisan pemain Pahang.
"Cuma kami melakukan kesilapan mudah yang memberikan dua gol kepada Terengganu tetapi kami bangkit selepas itu," kata rakan sejawatannya, Dollah Salleh.