Skip to main content

Bola Sepak

Jaringan tanggungjawab seluruh pasukan -- Davies

matthew-davies.jpg
Pahang tidak peduli siapa yang menjaringkan gol dan bagaimana ia terhasil asalkan berupaya mendukung mereka ke separuh akhir Piala Malaysia.

Dalam suku akhir pertama menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) tempoh hari,  lambungan pemain pertahanan, Muslim Ahmad, yang menemui pemain serba boleh, Safuwan Baharuddin, menyaksikan Pahang menyumbat gol pada masa kecederaan.

Jaringan itu bermakna kedudukan agregat terikat 1-1 dan menjadi suntikan semangat psikologi yang terus didukung menjelang aksi suku akhir kedua malam ini. 

"Saya berasakan kami tidak begitu kisah dari mana jaringan akan muncul, baik daripada pemain pertahanan mahupun serangan, selagi kami beroleh jaringan. 

"Ia satu kerjasama sepasukan. Kami bermain dengan baik dan saya tidak berasakan kami layak untuk seri," kata ketua pasukan, Matthew Davies. 

Tok Gajah juga antara segelintir pasukan yang berupaya menggugat wibawa JDT di laman sendiri musim ini.

April lalu menyaksikan Pahang menyingkirkan Harimau Selatan daripada saingan Piala FA menerusi kemenangan 3-0 di Larkin.

"Ia akan menjadi bekalan motivasi buat kami. Perlawanan itu pasti masih berlegar dalam fikiran kami dan mereka. 

"Tetapi, pada masa sama, ia perlawanan yang berbeza sepenuhnya dan kami sedar keperluan memberikan aksi 100 peratus," katanya lagi. 

 

Advertisement

Must Watch Video