AC MILAN 2 ATALANTA 2
Pemain gantian, Emiliano Rigoni, menyumbat gol pada minit ke-91 untuk memastikan Atalanta meraih satu mata apabila mencatat keputusan seri 2-2 dengan AC Milan di San Siro, lewat malam semalam.
Pelawat mempamerkan kebangkitan dua kali selepas melalui permulaan buruk tatkala Gonzalo Higuain hanya memerlukan kurang daripada dua minit untuk meletakkan Milan di depan hasil percubaan ketiganya dalam semua perlawanan musim ini.
Gol penyamaan Alejandro Gomez memberikan harapan buat anak-anak buah Gian Piero Gasperini itu pada awal babak kedua tetapi Giacomo Bonaventura mempamerkan aksi cemerlang untuk kembali meletakkan Milan di depan selepas sejam perlawanan.
Ricardo Rodriguez hampir memberikan Milan tiga mata apabila mengeluarkan bola di atas garisan gol tuan rumah setelah Marten De Roon melakukan percubaan ketika aksi berbaki seminit, namun Rigoni pantas menyambut bola muntah untuk memastikan Milan terlepas peluang meraih kemenangan.