Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Jaringan Messi tidak cukup beri kemenangan PSG

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

messi.jpg
Paris Saint-Germain terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 di Benfica selepas bergelut untuk tempoh yang lama dalam perlawanan Liga Juara-Juara awal pagi tadi walaupun Lionel Messi menghasilkan satu jaringan.

Benfica mempamerkan corak permainan agresif dengan memberikant tekanan kepada PSG di awal permainan, sehingga Messi memecah kebuntuan dengan gol ke-127nya dalam saingan teratas Eropah.

Gol itu hadir selepas gerakan yang melibatkan keseluruhan trio penyerang 'MNM' ketika Messi bergabung dengan Kylian Mbappé dan Neymar sebelum melakukan lencongan dengan kaki kirinya.

Benfica menyamakan kedudukan sebelum rehat hasil jaringan sendiri daripada Danilo Pereira.

PSG dan Benfica kedua-duanya memenangi dua perlawanan pembukaan mereka dalam Kumpulan H kini berkongsi tujuh mata. Juventus berada di tempat ketiga, empat mata di belakang, mendahului tempat terakhir Maccabi Haifa yang masih belum mengumpul sebarang mata.

Advertisement

Must Watch Video