Skip to main content

Bola Sepak

Jaringan ke-50 bukan satu ukuran -- Fernandes

bruno-fernandes.jpg
Bruno Fernandes gembira mencetak jaringan ke-50 bersama Manchester United tetapi berkata ia bukan soal utama kerana percaya mereka perlu mula memenangi trofi.

Pemain antarabangsa Portugal itu melepaskan rembatan untuk gol pembukaan United dalam kemenangan 3-0 ke atas Brentford, awal pagi tadi. 

Dia kini terlibat dengan 61 gol Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak penampilan sulungnya pada Februari 2020, jumlah itu hanya diatasi Mohamed Salah (73) dan Harry Kane (65).




Walaupun Fernandes mempamerkan aksi mengagumkan sepanjang dua tahun di Old Trafford, pemain berusia 27 tahun itu bagaimanapun masih belum memenangi sebarang trofi.

Dan tatkala The Red Devils bakal menamatkan satu lagi musim dalam kesuraman, Fernandes tetap membulatkan tekadnya demi masa akan depan. 

“Saya jelas gembira tetapi angka ini bukan satu ukuran,” katanya kepada Sky Sports apabila ditanya mengenai pencapaiannya menghasilkan 50 gol liga. 

"Saya memburu bilangan trofi, bukan angka gol."

Gol yang dihasilkannnya awal pagi tadi menamatkan kemarau jaringannya dalam sembilan penampilan sejak membantu membenam Leeds United pada Februari lalu.

Cristiano Ronaldo menokok gol kedua melalui sepakan penalti selepas satu golnya terlebih dahulu diketepikan kerana ofsaid dan Raphael Varane melengkapkan kemenangan itu dengan gol sulungnya bersama kelab EPL tersebut. 

United mengumpul 35 mata di Old Trafford musim ini, empat mata lebih banyak daripada yang mereka peroleh di laman sendiri sepanjang kempen 2020-21.

 

Advertisement

Must Watch Video