EVERTON 1 WATFORD 0
Pengurus Everton, Ronald Koeman enggan memberikan kata putus mengenai masa depan Ross Barkley walaupun pemain tengah itu berjaya menghasilkan jaringan kemenangan ketika bertemu Watford, awal pagi tadi.
Koeman memberikan amaran kepada pemain berusia 23 tahun dia memiliki tempoh sehingga minggu hadapan untuk menandatangani kontrak baru atau dijual pada musim panas ini.
Jaringan daripada luar kotak penalti Barkley pada minit ke-56 memadai untuk menewaskan Watford 1-0 tetapi ia tidak cukup but Koeman, yang mengeluarkan pemain itu pada baki 10 minit perlawanan kerana beliau mahu mengawal permainan di bahagian tengah.
"Barkley telah beraksi dengan baik di separuh masa kedua dan menjaringkan gol yang menakjubkan. Dia merupakan seorang pemain yang berbakat dan berkualiti," kata Koeman.
"Tetapi ini bukan masa untuk membincangkan mengenai masa depannya. Jika anda mengikuti Everton musim ini, saya berasakan anda sudah mengetahui jawapannya."
Kekalahan keempat berturut-turut menyaksikan Watford hanya kekurangan satu mata untuk terus kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
"Kami bermain dengan baik dalam perlawanan ini. Kami tidak berhak untuk tewas, kami sepatutnya seri tetapi kami gagal menjaringkan gol," kata pengendali Watford, Walter Mazzarri.
"Saya turut tidak gembira dengan pengadil perlawanan [Kevin Friend], kerana terdapat dua insiden yang tidak sepatutnya berlaku dan saya tidak gembira kami tewas dalam perlawanan ini."