Ketua jurulatih AS Monaco, Leonardo Jardim, tidak bimbang skuad muda bimbingannya akan mudah ditawan Juventus sepertimana ketika jaguh Itali itu menyingkirkan Barcelona dalam suku akhir Liga Juara-Juara.
Pemimpin Ligue 1 itu akan menjadi tuan rumah kepada Juventus dalam perlawanan pertama separuh akhir di Stade Louis II, awal pagi esok, selepas mula mencuri perhatian ekoran kejayaan ke atas Manchester City dan Borussia Dortmund.
Mereka akan menghadapi cabaran yang berbeza ketika menghadapi Juve yang berada di kemuncak prestasi, apatah lagi dibarisi barisan pertahanan berpengalaman yang berjaya mengekang Lionel Messi, Neymar dan Luis Suarez daripada mencetak sebarang gol dalam tempoh 180 minit dalam aksi terdahulu untuk menjadi bukti keampuhan benteng mereka.
"Kami akan menjaringkan gol di stadium mereka juga," kata Jardim.
"Kami menjaringkan tiga di Dortmund, tiga di City dan juga beberapa gol di Tottenham."
Begitupun, keyakinan yang dilaungkan itu tidak bermakna mereka mengambil pendekatan yang angkuh.
"Juventus adalah sebuah pasukan sangat berbeza dengan Dortmund dan City," kata Jardim.
"Dortmund dan City lebih gemar menyerang dan kurang fokus kepada pertahanan. Kami perlu memberi perhatian kepada fasa peralihan dalam kedua-dua pertahanan dan serangan.
"Apabila Juve sukar ditembusi, maka kami perlu pantas menghantar bola ke hadapan."
Monaco akan membuat penilaian ke atas Tiemoue Bakayoko selepas pemain tengah itu mengalami patah hidung dalam sesi latihan selepas bertembung dengan pemain pertahanan, Kamil Glik, minggu lepas.
Dia akan berlatih memakai topeng pelindung dan Jardim menambah: "Kami akan memantau Bakayoko esok. Mungkin dia memerlukan topeng baru dan ia dijangka tiba esok...
"Kami sudah bersedia 100 peratus dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi perlawanan ini."