Skip to main content

Bola Sepak

Jangan takut berdepan Messi -- Alexander-Arnold

trentalexanderarnold.jpg
Pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold, memberitahu rakan sepasukan supaya tidak gentar berdepan Lionel Messi, awal pagi esok.

Pemain kebangsaan Argentina itu merupakan inspirasi ketika Barcelona mengatasi Liverpol 3-0 dalam aksi pertama separuh akhir Liga Juara-Juara, dengan meledak dua gol sementara bekas penyerang Liverpool, Luis Suarez, turut memahat nama selaku penjaring.

Alexander-Arnold mahu Liverpool mempamerkan aksi berani dalam perlawanan timbal balik berbanding hanya memberikan tumpuan kepada barisan pemain yang berkualiti di bawah pimpinan Ernesto Valverde itu.

"Messi adalah pemain bertaraf dunia, mungkin yang terbaik di dunia. Ia bakal menjadi satu perlawanan yang sengit," katanya.

"Anda perlu memberi tumpuan sepanjang permainan ketika berdepan mereka. Kami perlu mengelak daripada melakukan kesilapan seperti perlawanan sebelum ini"

Liverpool memiliki sejarah kebangkitan di Anfield dan Alexander-Arnold mahu membuat sejarah baru.

"Kami memiliki keputusan perlawanan yang positif sepanjangn musim ini. Beraksi di laman sendiri akan membantu pasukan.

"Segalanya boleh berlaku dan kami mahu meraih satu kenangan terbaik dalam perlawanan esok," katanya.

Advertisement

Must Watch Video