Kehangatan Piala Asia Qatar 2023 kian memuncak di mana perhatian semua peminat dan pemerhati bola sepak Asia bakal tertumpu menjelang aksi sepak mula pada 13 Januari 2024 (waktu Malaysia).
Di sebalik kehangatan tersebut, terdapat polemik daripada beberapa akaun sosial yang membangkitkan perbezaan taraf prestij dan status kejohanan tersebut dengan membandingkan dengan kejohanan-kejohanan besar benua lain seperti EURO, Piala Negara-Negara Afrika, Copa America, dan sebagainya.
Hal ini membangkitkan rasa tidak senang peminat dan penyokong dari pasukan-pasukan Asia, terutamanya yang bertanding dalam kejohanan Piala Asia Qatar 2023 kali ini. Sebahagian mereka dilhat tidak bersetuju dengan tanggapan tersebut memandangkan beberapa pasukan gergasi Asia yang mampu untuk bersaing dengan pasukan-pasukan gergasi dunia terutamanya dalam kejohanan bola sepak tertinggi dunia sebelum ini.
Antara kejayaan-kejayaan yang dibuktikan oleh pasukan Asia apabila menentang pasukan gergasi dunia termasuklah kejayaan Arab Saudi yang menundukkan juara Piala Dunia, Argentina 2-1. Selain itu, Korea Selatan turut pernah melakar sejarah membenam cabaran juara Piala Dunia 4 kali, Jerman dalam kejohanan Piala Dunia.
Antara pencapaian terkini pasukan Asia yang seharusnya dibanggakan ialah Korea Selatan turut pernah menidakkan cabaran Portugal 2-1, Jepun menewaskan Sepanyol dan Jerman dengan jaringan sama (2-1), dan Australia mengatasi Denmark 1-0. Harus diingatkan kesemua perlawanan ini hanyalah melalui kejohanan Piala Dunia, tanpa mengambil kira siri perlawanan persahabatan antarabangsa.
Justeru, tanggapan sesetengah pihak yang mengganggap kehadiran pasukan Asia hanyalah sebagai pasukan pelengkap jadual sudah tidak relevan lagi memandangkan prestasi semasa yang ditunjukkan. Jadi, kejohanan yang bakal berlangsung tidak lama lagi adalah platform yang penting untuk membuktikan bahawa pasukan-pasukan yang bertanding di Piala Asia ini bukan lagi pasukan lemah dan belasahan dan seharusnya dihormati oleh gergasi bola sepak dunia.
Dapatkan berita terkini, jadual penuh dan kedudukan pasukan Piala Asia Qatar 2023 di sini

We actually saw this in the last World Cup: the Saudi team defeated Argentina, the Japanese team defeated Germany and Spain, the South Korean team defeated Portugal, and the Australia team defeated Denmark. pic.twitter.com/5roISqUCEo
— معن (@Cman_7) January 6, 2024