Bekas pengurus England, Sven-Goran Eriksson, memberikan amaran kepada skuad kendalian Gareth Southgate bahawa mereka bakal berdepan tugas sukar untuk mengatasi Sweden dalam aksi suku akhir Piala Dunia.
Semangat The Three Lions melonjak selepas merakamkan kemenangan ke atas Colombia menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 (seri 1-1), sekali gus menempah tiket ke Samara untuk berdepan Sweden yang diberikan pujian oleh Eriksson kerana menampilkan permainan bertahan yang ampuh.
Skuad bimbingan Janne Andersson itu memenangi tiga daripada empat perlawanan Piala Dunia setakat ini, menjaringkan enam gol dan tidak dibolosi dalam tiga perlawanan untuk mengungguli Kumpulan F sebelum menewaskan Switerzerland 1-0 dalam aksi pusingan kalah mati.
Eriksson, yang mengendalikan 40 kemenangan England dan hanya tewas 10 kali pada tahun 2001 hingga 2006, berkata Sweden akan menjadi satu ujian besar buat pasukan bekas majikannya itu.
"Saya sangat gembira England memenangi perlawanan menerusi penentuan sepakan penalti, mereka memiliki kekuatan mental yang tinggi," katanya.
"Jika England berasakan mereka mendapat perlawanan yang mudah pada Sabtu ini, ia adalah satu kesilapan besar. Ia mungkin mendatangkan kesukaran kepada mereka.
"Ia juga merupakan perlawanan yang sukar buat Sweden tetapi untuk membolosi mereka juga bukan satu tugas yang mudah.
"England memiliki pemain-pemain yang istimewa, Harry Kane, Raheem Sterling dan ramai lagi. Tetapi percayalah, sukar untuk mengatasi Sweden. Itali telah berusaha melakukannya dalam tempoh 180 minit waktu permainan. Jerman hanya menang dengan hasil sepakan percuma pada penghujung permainan.
"Sweden tidak memiliki pemain seperti Kane atau Sterling atau Neymar. Mereka bermain secara berkumpulan. Saya menjangkakan perlawanan yang menarik."