Leonardo Jardim memberikan amaran kepada Monaco supaya tidak terbuai dengan kemenangan 3-0 ke atas Nancy dalam usaha mencari kemenangan gelaran Ligue 1 buat kali kelapan.
Perbezaan jaringan Monaco yang jauh lebih baik daripada Paris Saint-Germain (PSG) bermakna mereka selangkah lebih hampir untuk bergelar juara.
Monaco mendahului perlawanan menerusi jaringan sendiri pertahanan, Tobias Badila, sebelum Bernado Silva menjadi kedudukan 2-0 pada minit ke-40.
Thomas Lemar melengkapkan kemenangan Monaco empat minit sebelum perlawanan tamat, satu lagi persembahan yang mantap daripada skuad kendalian Jardim buat musim 2016-17.
"Setiap pemain telah memberikan yang terbaik dan saya gembira dengan keputusan ini," kata Jardim.
"Kami semakin hampir mencapai sasaran kami tetapi masih belum meraih apa-apa lagi. Kami perlu mengekalkan tumpuan kami."
Monaco akan berkunjung ke Turin bagi menghadapi aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Juventus, sebelum bertemu Lille, Saint-Etienne dan Rennes dalam tiga aksi terakhir liga.
Juventus memiliki kelebihan dua gol ketika beraksi di Stade Louis II tetapi Jardim enggan menolak kebangkitan Monaco.
"Setiap kejohanan adalah berbeza. Kini, kami sedang meletakkan tumpuan kepada aksi separuh akhir kedua UCL.
"Berdepan Juve, kami perlu memiliki keyakinan walaupun ia dilihat sebagai satu tugas yang sukar."