Kelab-kelab Liga Malaysia (Liga-M) tetap mengambil pendekatan berbelanja berhemah meskipun kuota pemain asing telah dibuka kepada 15 import bagi musim baharu Liga Super 2025/26.
Pelaksanaan itu pasti akan memberi ruang besar kepada kelab-kelab untuk memperkuat pasukan mereka, namun dalam semangat keterujaan menyusun strategi baharu, beberapa pengurusan kelab tampil dengan pandangan peribadi yang menjurus ke arah peningkatan kualiti liga serta keperluan berbelanja secara berpatutan.
Apatah lagi dengan pelaksanaan sepenuhnya Financial Fair Play (FFP), di mana mekanisme gaji siling ‘salary cap’ sebanyak 80 peratus diperkenalkan
yang menyaksikan kelab tidak dibenarkan membelanjakan lebih daripada 80 peratus daripada jumlah bajet tahunan mereka untuk pembayaran gaji.
Pengurus Besar Sabah, Md Joh Wid menganggap peraturan baharu ini sebagai lonjakan positif buat Liga-M.
“Peraturan baharu ini bakal memberi impak besar terhadap liga. Intensiti permainan akan lebih tinggi. Ini peluang terbaik bagi pemain tempatan meningkatkan kemampuan mereka jika mahu pergi jauh dalam sukan ini,” ujarnya.
Namun begitu, Md Joh Wid turut memberi peringatan agar kelab tidak terlalu ghairah dalam berbelanja.
“Situasi ini kami perlu berwaspada. Jangan hanyut hanya kerana mahu kuat di atas padang, tetapi akhirnya poket koyak.
"Berbelanja berpada-pada tidak bererti kita akan lemah,” katanya.
Nada yang sama turut disuarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Penang, Jeffrey Chew, yang menekankan keperluan membuat penilaian teliti sebelum membawa masuk pemain import.
“Pemain-pemain ini ada beberapa kategorinya. Ada yang mahal kerana mereka telah berada di pasukan yang bagus dan ada yang pernah bermain di liga kita dan telah berpindah ke luar negara dan akan cuba balik ke sini.
“Kami akan menjaga proses kami untuk tidak terlalu banyak berbelanja dan menilai apa yang sepatutnya dijalankan. Kita akan melihat juga bajet kami mencukupi atau tidak dan kemudian kami akan membelanjakannya dengan baik.
"Itu yang penting," katanya.
Sementara itu, pengurus pasukan Terengganu, Shahrizan Mohd Zain, menyifatkan penambahan kuota import akan memberi ‘kelainan’ dan warna baharu kepada saingan musim depan, namun tetap menzahirkan harapan agar isu tunggakan gaji dan kewangan tidak lagi membelenggu pasukan.
“Mungkin dengan kuota yang ditambah memberi kemeriahan lagi dalam Liga-M, tapi yang kita harapkan pasukan-pasukan dapat berbelanja ikut kemampuan masing-masing.
“Setakat ini Sang Penyu menggunakan sembilan import kerana terlibat dalam Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee, tapi untuk musim depan belum diputuskan lagi.
"Kita akan berbelanja ikut kemampuan kewangan kita,” tambahnya sambil memaklumkan bahawa persiapan pasukan termasuk pemain import dan lokal sedang giat dijalankan.

Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan bahawa kelab yang berpangkalan di Brunei, DPMM FC akan bertanding dalam musim baharu Liga Super 2025-2026.
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 23, 2025