Skip to main content

Bola Sepak

Jangan benarkan Spurs ranap impian City -- Jesus

gabrieljesus.jpg
Penyerang Manchester City, Gabriel Jesus, memberi amaran kepada rakan sepasukan supaya tidak membenarkan Tottenham meranapkan impian merangkul empat kejuaraan musim ini.

Skuad bimbingan Pep Guardiola itu kekal dalam misi menggondol semua gelaran musim ini menerusi tandukan Jesus untuk mengatasi Brighton and Hove Albion 1-0 dalam aksi separuh akhir Piala FA di Wembley, semalam.

Watford bakal menjadi halangan terakhir mereka bulan depan sementara Liverpool masih lagi bersaing untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Jika tidak mahu melihat aksi final Piala FA sebagai perlawanan terakhir musim ini, anak buah Guardiola itu perlu meneruskan momentum cemerlang bagi memastikan mereka terus bersaing dalam Liga Juara-Juara.

Guardiola berpandangan bahawa memenangi semua gelaran adalah "hampir mustahil", namun Jesus mahu membuktikan sebaliknya.

"Kami mahu memenangi empat gelaran tetapi kami mengutamakan perlawanan seterusnya," kata Jesus.

"Penyokong mahu menyaksikan kami melakukannya, kami sedang berusaha keras di atas padang untuk mencapai sasaran itu.

"Kini kami hanya memberikan tumpuan kepada Tottenham kerana mereka memiliki pemain yang berkualiti dan pengurus yang bagus.

"Ia sangat penting. Spurs beraksi dalam stadium baru dan mereka mahu melakar kemenangan."

Advertisement

Must Watch Video