Jeritan amarah kedengaran dalam sesi latihan terbuka Terengganu FC (TFC), petang semala, dan tidak lain tidak bukan datang daripada mulut ketua jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim.
Ditemui ketika persiapan TFC menghadapi Negeri Sembilan di Kuala Terengganu, malam ini, Irfan menegaskan barisan pemainnya bersikap sambil lewa dan pendekatan lebih tegas itu perlu dilakukan.
Tidak mahu terus tercicir dalam kelompok atasan Liga Super, pengendali berpengalaman itu menuntut skuad bimbingannya tidak mengulangi kesilapan individu sepanjang 90 minit permainan.
"Jika dalam sesi latihan mereka tidak serius, apa lagi yang boleh diharapkan. Mereka pemain profesional tapi tendang bola pun tak sampai kepada rakan sepasukan.
"Terlalu kerap pemain pasukan lawan bergerak bebas tanpa kawalan dan kami mudah sangat hilang penguasaan bola. Ini tidak seharusnya berlaku," jelas Irfan.
Sambil mengakui kecewa dengan prestasi beberapa pemain yang disifatkannya telah hilang sentuhan, Irfan enggan menjadikan carta liga menjadi alasan untuk Terengganu mengambil mudah cabaran Negeri Sembilan.
Menurutnya, walaupun berada di kedudukan kedua tercorot, anak-anak buah Mario Lemos itu menunjukkan peningkatan selain menamakan Kim Do-Heon dan Angel Guirado sebagai ancaman kepada Terengganu, malam ini.
"Berbaki enam perlawanan, kami sudah tidak boleh kehilangan mata, terutama di gelanggang sendiri. Selepas ini, PKNS, Kedah dan Selangor menanti Terengganu.
"Terengganu perlu menunjukkan keupayaan sebenar kerana saya mahu menamatkan liga di kedudukan tiga terbaik," tambahnya.