Skip to main content

Bola Sepak

Ivan Toney akui hampir sudah sedia lupakan bolasepak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

toney.jpg
Ivan Toney mendedahkan bagaimanapun dia menghukum dirinya sepanjang digantungkan daripada sebarang aktiviti bolasepak dan mengakui sudah mula rasa cinta terhadap sukan tersebut.

Penyerang Brentford itu digantung Persatuan Bolasepak England (FA) selepas mengakui terlibat dalam perjudian namun bakal kembali dalam pasukan utama bulan ini.

Penggantungan pemain berusia 27 tahun itu bakal berakhir 16 Januari, bermakna Toney bakal diturunkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris berdepan Nottingham Forest, yang dijadualkan berlangsung 20 Januari ini.

Toney -- yang dilarang berlatih bersama rakan sepasukannya selama empat bulan pertama ketika larangan itu -- sedang memikirkan untuk meninggalkan bola sepak.

Dia memberitahu The Mirror tentang bagaimana dia akan 'menghukum' dirinya sendiri semasa diketepikan dan juga mengaku putus cinta dengan bola sepak sebelum diintegrasikan semula ke dalam skuad senior.

Bercakap kepada The Mirror, Toney berkata, "Saya tidak menonton bola sepak. Saya tidak menonton bola sepak untuk seketika. Dengan cara itu saya menghukum diri sendiri. Terdapat satu peringkat saya sudah melupakan bola sepak. Ia adalah apa yang berlaku, namun kini sudah berbeza."

Toney dijangka kembali ke bola sepak kompetitif pada 17 Januari berikutan penggantungannya selama lapan bulan kerana kesalahan pertaruhan. 

Bagaimanapun, dia telah berlatih dengan kesebelasan pertama untuk meningkatkan kecergasannya dan bermain dengan pasukan B kelab untuk mendapatkan beberapa minit permainan.
 

Advertisement

Must Watch Video