PIALA AFC
Ivan Mamut tabik semangat juang Terengganu harungi kesukaran
Penggempur import Terengganu FC, Ivan Mamut, enggan merapati kekecewaan meraih tiga mata sambil memuji semangat juang yang dipamerkan rakan sepasukannya ketika diikat 1-1 oleh Central Coast Mariners, sebentar tadi.
Bagaimanapun, ia bukan satu tugas mudah untuk mereka bertandang ke laman lawan berikutan tempang di bahagian pertahanan.
Justeru, Mamut menganggap kekentalan dalam kunjungan ke Australia hari ini mampu menjadi azimat untuk menghadapi Piala Malaysia.
Iklan
??️ KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN ??️FT [ @FCTerengganu 1-1 @CCMariners ]⚽️ Engku Shakir⚽️ Di Piizio#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/6Cgt5S97N4— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) November 29, 2023
Tomislav Steinbruckner perlu mempersiapkan anak buahnya dalam tempoh seminggu ini bagi menghadapi penentuan gelaran Piala Malaysia dengan Johor Darul Ta'zim (JDT).
"Sukar untuk kami datang ke mari terutama tanpa beberapa pemain utama akibat kecederaan.
![](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/sa-images/2023/11-nov/29/statistik-perlawanan-piala-afc.jpg)
"Kami akan berdepan dalam satu perlawanan akhir dalam beberapa lagi jadi keputusan ini adil buat kami.
"Saya harap kami akan terus berjuang seperti hari ini," katanya selepas perlawanan.
Must-Watch Video