Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa bersedia untuk memberikan panduan serta khidmat nasihat kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) susulan timbul isu mengenai bumbung rosak di Stadium Shah Alam yang dikatakan mengancam keselamatan penonton.
Timbalan Menteri, Steven Sim Chee Keong, berkata pihaknya turut terbuka untuk berkongsi perkara itu dengan mana-mana pengelola stadium kerajaan.
“Sudah tentu PSM sebagai badan utama yang menguruskan stadium, kami (KBS) sentiasa bersedia untuk memberikan panduan dan khidmat nasihat kepada pengelola stadium kerajaan, tak kiralah pihak berkuasa tempatan atau kerajaan pusat."
Ketika Kejohanan Selangor Asia Challenge (SAC) 2020, bulan lalu, keadaan Stadium Shah Alam mendapat perhatian pelbagai pihak, terutama berkaitan bumbung bocor, termasuk serpihan bumbung stadium jatuh di kawasan tempat duduk penonton.
Sebelum ini, Selangor berdepan kemungkinan melupakan aksi Liga-M musim ini di Stadium Shah Alam selepas pemeriksaan awal dilakukan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mendapati stadium itu tidak mencapai tahap piawaian ditetapkan.
Sim berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan forum Improving Work Opportunities for Young People in the Commonwealth (I-WORK) National Forum hari ini.
Forum yang disasar untuk menambah baik prospek pekerjaan golongan muda itu dihadiri pembuat dasar, wakil-wakil kementerian, agensi-agensi berkaitan, majikan dan juga kumpulan pembiaya.
Sementara itu, beliau berkata Industri 4.0 (IR4.0) dapat memacu penyertaan golongan muda dalam program pengajian Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) memandangkan skop pekerjaan kini memerlukan pekerja berkemahiran IR4.0.
"Dalam IR4.0, sebenarnya ia tertumpu kepada pekerjaan yang berasaskan kemahiran dan teknikal; jadi ia bukan hanya teori dan akademik. Dalam aspek ini, saya lihat IR4.0 ini mampu memacu lagi minat dan penyertaan anak muda dalam TVET," jelas beliau.
-- BERNAMA