Kevin-Prince Boateng berkata isu perkauman di dalam bola sepak "tidak pernah diselesaikan" dan menegaskan bahawa pemain-pemain memiliki hak untuk meninggalkan padang jika mereka mengalami cemuhan secara berterusan.
Pada 2013, Boateng bertindak dengan melepaskan rembatan ke arah penonton di Pro Patria selepas mereka mencemuh Boateng yang kemudian meninggalkan padang.
Isu perkauman di Itali sekali lagi menjadi topik utama selepas Sulley Muntari dilayangkan dua kad kuning oleh pengadil perlawanan, Daniele Minelli, kerana berdepan penyokong Cagliari yang didakwa mencemuh pemain tersebut.
Muntari bakal digantung satu perlawanan manakala Cagliari terlepas daripada sebarang hukuman.
Di Perancis, isu yang sama turut berlaku apabila penyerang Nice, Mario Balotelli, dicemuh oleh Bastia pada Januari dan pemain kebangsaan Ghana, Boateng, tidak percaya bahawa isu ini dipandang serius atau sebarang tindakan sewajarnya dilakukan.
"Saya mungkin meninggalkan padang sekali lagi jika saya dicemuh oleh penyokong.
"Isu perkauman tidak pernah diselesaikan dalam bola sepak.
"Ia berlaku sekali lagi kepada Balotelli di Perancis. Tiada sebarang perubahan."