Pendekatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mahu merujuk kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung isu pemain naturalisasi dianggap tepat bagi mengelakkan implikasi buruk terhadap badan induk itu pada masa akan datang.
FAM mengambil pendekatan berhati-hati terhadap pengambilan pemain naturalisasi melibatkan penyerang Kuala Lumpur, Guilherme De Paula dan pemain import UKM FC, Michael Ijezie.
Dua calon itu pernah meninggalkan malaysia dalam tempoh beberapa bulan sejak masing-masing mula menetap di Malaysia dan situasi itu merumitkan FAM.
Ia kerana seseorang pemain itu perlu tinggal di Malaysia secara berterusan dalam tempoh lima tahun selepas berusia 18 tahun sebagai syarat yang ditetapkan FIFA untuk mendapatkan status naturalisasi.
"FAM mengambil langkah untuk merujuk kepda FIFA bagi memastikan status Ijezie selaku pemain naturalisasi negara. Perkara yang dilakukan boleh mengelak daripada masalah yang bakal dihadapi pada masa akan datang," kata ketua jurulatih UKM FC, Sulaiman Hussin.
"Perkara ini harus diselesaikan terlebih dahulu supaya segala urusan skuad kebangsaan berjalan lancar."
Sebagai rekod, De Paula, yang mula berada ke Malaysia pada 2015, menyertai liga Greece pada 2016 sebelum kembali ke tanah air pada tahun yang sama.
Ijezie pula, yang sudah menetap di Malaysia sejak 2012, berhijrah ke liga Myanmar pada 2016 sebelum kembali ke negara ini pada tahun yang sama.