Berikutan proses pemulihan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang melewati fasa yang membimbangkan, laman sosial instagram Ketua pegawai eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), mula menerima kecaman warga net.

Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 'memuji' perancangan PSM dalam memastikan proses pemulihan padang SNBJ menjelang aksi final Piala Malaysia JDT bertemu Terengganu FC Jumaat ini.

Tunku Ismail memuat naik gambar keadaan padang yang masih lagi belum di tahap terbaik sekaligus mencetus kerisauan semua pihak yang menantikan perlawanan penting Jumaat ini.

Dan kini, laman sosial Hans kini menjadi sasaran kecaman warga net yang ternyata kecewa dengan keadaan semasa permukaan padang SNBJ.



Terdahulu, SNBJ digunakan sebagai konserta berskala mega kumpulan antarabangsa, Coldplay yang menyaksikan kehadiran 75,000 penonton.

24 November lalu, PSM memberi jaminan permukaan padang SNBJ boleh digunakan bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC pada 8 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd Faidz Sanusi berkata, susulan kerosakan yang berlaku selepas konsert Coldplay, pihaknya akan melakukan kerja-kerja membaik pulih pada kadar segera seperti yang dilakukan ketika final Pestabola Merdeka 2023 sebelum ini.