Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dan Felda United membidas pendirian Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkaitan isu 'geran tahunan bukan satu perkara mandatori' buat semua pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia (Liga-M).
Hamidin yang juga Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mencetuskan sensasi apabila semalam menegaskan geran tahunan bukanlah satu kewajipan yang perlu ditunaikan.
Sebaliknya, beliau menjelaskan ia tidak lebih kepada 'bonus' terhadap penyertaan pasukan yang bertanding.
Kenyataan itu jelas bertentangan dengan janji MFL sebelum ini mengenai betapa pentingnya pemberian geran tahunan buat sesetengah pasukan.
"Kami berasa agak kecewa kerana kalaulah geran itu dapat lebih awal, bolehlah kami merancang apa yang mahu dilakukan.
"Apabila berlaku kelewatan, ia mendatangkan masalah kepada kami. Lagipun, apa gunanya jadi ahli gabungan kalau tidak dapat imbuhan atau geran?
"Kalau MFL tidak dapat laksanakan, lebih baik serahkan semula kepada FAM untuk diuruskan," kata Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa.
Setiausaha Agung Felda United, Afizal Abu Othman, pula menegaskan kepentingan geran tahunan kepada kelab.
"Kami tidak bersetuju setelah dijanjikan dari awal lagi.
"Jadi, kami terpaksa menunggu (geran) daripada MFL," katanya.
Badan pentadbir liga itu gagal melunaskan pemberian geran tahunan kepada semua pasukan bertanding seperti yang dirancangkan awal Mac lalu gara-gara penamatan kontrak tajaan dengan penaja utama, Telekom Malaysia (TM).
Keadaan itu menyaksikan semua pasukan Liga-M terkena tempiasnya apabila sehingga kini masih belum mendapat geran tahunan 2019.
Malah, mereka masih tertanya-tanya mengenai jumlah sebenar geran yang akan diterima.
"KLFA boleh menggunakan geran itu untuk melaksanakan permohonan program yang lain.
"Kami bukannya setakat menampung pasukan Liga Super, malah kami juga mempunyai pasukan B-19 dan B-21 serta pasukan futsal lelaki dan wanita.
"Banyak perkara boleh digunakan menerusi sumber geran itu," kata Nokman lagi.
Tambah Afizal: "Felda mempunyai pasukan akademi, Piala Belia dan Piala Presiden, termasuk pasukan B-17 yang akan bertanding di bawah pertandingan FAM kelak.
"Program ini memerlukan dana (daripada geran) untuk diteruskan sehingga hujung tahun."