PDRM tidak serius, kata bekas penjaga gol pasukan itu, Shahril Saari, yang mendedahkan pihak pengurusan The Cops ada melakukan perbincangan bersama pemain dalam menyelesaikan isu tunggakan gaji, namun tiada sebarang kata putus sehingga kini.
Pasukan Liga Super itu dilihat satu-satunya pasukan yang gagal mengambil langkah proaktif seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Ia bagi menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain dan jurulatih, sama ada menerusi pembayaran penuh atau persetujuan bersama.
Perkara itu diakui Shahril, sehari selepas bekas penolong jurulatih, Wan Mustaffa Wan Ismail, turut mendedahkan perkara sama.
"Sewaktu pertemuan itu, wakil daripada PFAM (Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia) juga ada, jadi dengan apa yang mereka bentangkan kepada kami, kami memang tidak bersetuju dengan cara pembayaran itu," katanya
Situasi berbeza buat Kelantan dan Melaka apabila bekas pemain kedua-dua pasukan itu mengesahkan tunggakan gaji mereka sudah dilunaskan sepenuhnya.
"Saya berterima kasih kepada pengurusan KAFA (Persatuan Bolasepak Kelantan) yang ada sekarang," kata bekas pertahanan Kelantan, Norhafiz Zamani Misbah.
"Sekurang-kurangnya mereka bertanggungjawab untuk menyelesaikannya."
Bekas pemain Melaka, Khuzaimi Piee, pula berkata: "Ramai pemain mahu berterima kasih kepada PFAM.
"Tanpa mereka, kami tiada tempat untuk menuntut hak kami."
Sementara itu, pemerhati sukan negara, Sadek Mustaffa, beranggapan mana-mana pasukan yang gagal mendapatkan persetujuan untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji berkenaan tidak sepatutnya terlepas daripada hukuman.
"Jika anda tidak boleh ikut, anda perlu keluar daripada kepompong tersebut, anda tidak boleh berada dalam perniagaan itu.
"Ia akan mendatangkan masalah kepada imej MFL (Liga Bolasepak Malaysia) itu sendiri.
"Mahu tidak mahu, mereka perlu telus, berintegriti tinggi dan bertanggungjawab terhadap apa yang mereka urus tadbirkan.
"Jika tidak, kita akan terus dilanda dengan masalah-masalah yang sama," katanya
FAM sebelum ini mengumumkan 31 Januari lalu sebagai tarikh akhir pertama untuk tiga pasukan, iaitu PDRM, Kelantan dan Melaka, untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
Seandainya gagal, mereka akan berdepan pemotongan tiga mata sebagai hukuman pertama.
Editor: Muzaffar Musa