Skip to main content

Bola Sepak

Isu gaji: FAM perlu tegas -- Asmawi

asmawi-bakiri.jpg
Pemerhati bola sepak negara, Asmawi Bakiri, menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya mengambil tindakan tegas dalam menangani isu tunggakan gaji yang melibatkan pasukan Melaka, PDRM dan Kelantan selepas melewati tarikh akhir pertama semalam.

Sebelum ini, FAM menguar-uarkan bahawa ketiga-tiga pasukan itu akan dikenakan pemotongan tiga mata seandainya gagal menyelesaikan kemelut pembayaran gaji itu sebelum tarikh akhir pertama berkenaan.

Bagaimanapun, badan induk itu hanya akan mengumumkan keputusannya Isnin ini.

Ia secara tidak langsung menimbulkan persoalan mengenai mengapa FAM memerlukan tempoh selama dua hari untuk melakukan pengumuman itu.

"Kalau diikutkan, tempohnya sudah selesai semalam.

"Saya berharap FAM sudah boleh mengambil tindakan atau memaklumkan kepada seluruh pasukan yang bertanding.

"Mereka perlu mengumumkan bahawa ada pasukan yang belum menyelesaikannya dan tindakan perlu diambil.

"Kerana ia tempoh yang telah ditetapkan oleh FAM sendiri.

"Jadi, FAM perlu mengambil tindakan yang tegas supaya dihormati oleh setiap pihak," katanya.



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found