Skip to main content

Bola Sepak

Isu dokumentasi: Kim Swee tawar perspektif berbeza

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-new.jpg
Di sebalik kemelut yang melanda arena bola sepak negara, bekas jurulatih Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee, melihat ia dari perspektif berbeza.

Ketiadaan tujuh pemain warisan tersebut ternyata memberi kesan namun ini merupakan peluang terbaik buat bakat tempatan sedia ada untuk merebut semula tempat di pentas tumpuan yang kini terbuka.

"Jika tujuh pemain warisan ini tidak dibenarkan kami, kita harus melihat perancangan seterusnya. Saya percaya Malaysia memiliki barisan pemain yang sedia untuk diturunkan dalam Harimau Malaya," katanya.

Jelas Kim Swee lagi, pelan jangka masa panjang perlu diatur semula dan ia menjadi pembuka mata supaya program pembangunan bola sepak negara diberi tumpuan lebih serius.

Kini mengendalikan kelab Indonesia, Persik Kediri, Kim Swee turut terkena tempias dengan soalan-soalan nakal berhubung situasi terkini yang melanda Harimau Malaya.

"Saya menolak soalan wartawan di sini, saya menjelaskan tidak mahu memberikan ulasan jika tidak membabitkan perlawanan pasukan saya."
Harimau Malaya

Semangat Harimau Malaya

Walau apapun terjadi, Harimau Malaya tetap dihati.


Beli Jersi Ini Sekarang

Advertisement

Must Watch Video