Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali, turut bersuara mengharapkan seluruh rakyat Malaysia bersabar dan elak daripada membuat sebarang penilaian secara terburu-buru.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah dihukum oleh Jawatankuasa Disiplin Badan Induk FIFA berhubung isu tujuh pemain yang dikaitkan dengan pemalsuan dokumen.
“Jawatankuasa Disiplin FIFA mengenakan tindakan tegas terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta tujuh pemain warisan Harimau Malaya selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Disiplin FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
“Kesemua pemain terbabit beraksi ketika Malaysia menentang Vietnam dalam kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun lalu, sebelum FIFA menerima aduan mengenai status kelayakan beberapa daripada mereka,” ujar kenyataan FIFA.
“FIFA baru keluar kenyataan sikit, dah ramai yang melatah kecam negara sendiri. Macam tak sabar nak tunggu fakta penuh.
“Orang dituduh bunuh pun masih diberi peguam bela dan peluang untuk pertahankan diri.
“Ini belum tentu salah, tapi ramai dah siap jadi hakim dan juri,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.
Safee juga berharap agar semua pihak dapat menilai perkara ini dengan rasional sebelum bertindak menyuarakan pandangan masing-masing.
“Bila negara kita dituduh, sepatutnya kita bersatu hati bukan saling tuduh-menuduh.
“Berdiri teguh dulu, baru nilai dengan akal, bukan emosi,” ujarnya tegas.