Skip to main content

Bola Sepak

Isu Dalaman Revolusi Harimau Malaya: 'KBS tidak masuk campur pentadbiran FAM'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hannah.jpg
Menteri Belia Dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh, enggan masuk campur susulan isu kenyataan Peter Cklamovski sebelum ini yang menyifatkan terdapat pelbagai isu dalaman termasuk politik dan halangan tertentu yang tidak senang dengan revolusi Harimau Malaya.

Dia turut menjelaskan sekiranya isu itu terus berlarutan, ianya boleh dibawa kepada Jawatankuasa Pertikaian Sukan untuk sebarang tindakan lanjut. 

"Saya tidak tahu mengenai politik dalaman dan tidak masuk campur pentadbiran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), saya ambil pendirian bukan saja dalam bola sepak tetapi untuk semua sukan.

"Pentadbiran masing-masing dan memang KBS tidak masuk campur, mereka jika ada pertikaian boleh bawa ke Jawatankuasa Pertikaian Sukan," katanya.





Dalam pada itu, Hannah turut berkongsikan Jawatankuasa Program Road To Gold (RTG) mengambil maklum bahawa mereka ketika ini menjalani latihan di tempat terbuka dan terdedah kepada orang ramai. 

Jawatankuasa itu sedia membantu pemain badminton yang bergerak secara profesional mencari tempat latihan yang lebih kondusif.

"Untuk atlet profesional saya berharap dapat membantu carikan tempat latihan yang lebih sesuai untuk mereka dan lebih privasi." tambahnya.

Dia ditemui ketika persidangan bertemakan 'Inclusive Sports For All Breaking Barriers, Building Bridges In ASEAN' yang membincangkan akses dan langkah bagi memperkasakan sukan buat golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

 

Advertisement

Must Watch Video