Biarpun Alessandro Celin beraksi cemerlang dan menjaringkan gol pembukaan Kelantan semasa menang ke atas Pahang 3-2 di Stadium Darul Makmur, malam kelmarin, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih meneliti kedudukan dan kepentingan penyerang import itu dalam pasukan sebelum jendela perpindahan pemain di buka pada 15 Mei depan.
Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md. Noor berkata, banyak faktor yang akan diambil kira sebelum membuat keputusan sama ada mengekalkan atau menamatkan khidmat penyerang dari Brazil yang baru pulih daripada kecederaan paha.
“Kita tidak boleh membuat keputusan berdasarkan persembahan hanya beberapa perlawanan sahaja kerana baki saingan Liga Super musim ini masih panjang.
“Paling penting, kita akan tengok laporan perubatan daripada doktor pasukan tentang isu ini (sama ada Celin cergas sepenuhnya atau tidak) dan proses pemantauan akan dilakukan dalam tempoh dua minggu ini,”katanya.
Ismail juga berkata, The Red Warriors (TRW) akan turut menilai prestasi sebenar pemain import percubaan dari Gambia, Sanna Nyassi pada 13 Mei depan apabila dijadualkan menentang skuad PKNS FC dalam satu perlawanan amal di Stadium Shah Alam.
“Selain itu, kita akan uji dia (Nyassi) dalam beberapa siri perlawanan persahabatan untuk melihat kehebatan sebenar pemain itu dan keupayaannya menyesuaikan diri dengan formasi pasukan,”katanya.
Ismail berharap semua peminat bertenang dan memberi masa kepada pihaknya untuk membuat keputusan terbaik demi meningkatkan prestasi TRW dalam saingan Liga Super.
“KAFA akan duduk bersama dengan pihak pengurusan dan pasukan kejurulatihan dalam masa terdekat. Pandangan ketua jurulatih dan pengarah teknikal cukup penting sebelum keputusan akhir dibuat. Kita tidak akan tergesa-gesa,”katanya.
Untuk rekod, dalam majlis mempekenalkan Pengarah Teknikal TRW yang baharu, Alfredo Carlos Gonzales, Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa turut memaklumkan kehadiran pemain import percubaan dari Gambia, Sanna Nyassi yang akan akan diuji dalam beberapa perlawanan persahabatan untuk mengantikan Celin.