Skip to main content

Bola Sepak

Isco beritahu peminat Real: Saya akan kekal!

22517isco.jpg
Isco telah memberi jaminan kepada peminat bahawa dia akan berada dalam pasukan Real Madrid musim depan selepas memenangi LaLiga, awal pagi tadi.

Dikaitkan dengan perpindahan dari Santiago Bernabeu sepanjang musim, Isco ditugaskan untuk berada dalam kesebelasan Zinedine Zidane.

Isco beraksi dalam kemenangan 2-0 menentang bekas kelabnya, Malaga, awal pagi tadi, untuk Real meraih kemenangan LaLiga buat kali pertama sejak 2012, membantu Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pembukaan, dan pemain tengah antarabangsa Sepanyol berkenaan tidak mempunyai rancangan untuk meninggalkan ibu negara itu.

"Jangan bimbang peminat Real Madrid. Saya akan kekal," kata Isco.

Isco meneruskan: "Ya, ia adalah rumit pada mulanya, tetapi saya kekal kuat daripada segi psikologi dan saya mendapat sokongan daripada semua."

Ini merupakan hari yang diingati untuk Real, yang menewaskan musuh tradisi, Barcelona.

Barcelona memenangi gelaran berturut-turut sebelum ini tetapi dominasi mereka berakhir apabila Ronaldo dan Karim Benzema membawa Real -- bersedia untuk mempertahankan Liga Juara-Juara menentang Juventus pada 4 Jun -- untuk mahkota LaLiga ke-33 mereka.

"Ia adalah satu impian yang menjadi kenyataan apabila memenangi gelaran di sini, dengan keluarga dan kawan-kawan saya di bandar saya," kata Isco.

"Saya akan selalu berterima kasih di atas kemesraan yang mereka tunjukkan kepada saya. Ia adalah masa yang sangat manis dan anda perlu menikmatinya. Kami menunjukkan bahawa kami mampu menggunakan seluruh skuad."
 

Advertisement

Must Watch Video