Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Irfan: Kami mungkin menang 4-0 jika Nwakaeme beraksi

irfan-bakti-abu-salim.jpg
Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim, menegaskan kejayaan menundukkan juara bertahan Piala FA, Pahang, 2-1 dalam suku akhir pertama di Kuala Terengganu, semalam bukan disebabkan ketiadaan Dickson Nwakaeme dan Safuwan Baharudin.

Pengendali itu turut menganggap kelebihan gol di laman lawan yang diraih skuad Tok Gajah itu tidak akan menjejaskan peluang TFC untuk ke separuh akhir.

"Siapa tahu dengan kehadiran dua pemain itu, kami mungkin akan menang 4-0.

"Ia tentang kualiti yang baik dan bukannya disebabkan ketiadaan Safuwan atau Nwakaeme.

"Saya kalau boleh mahukan Nwakaeme beraksi.

"Jadi, dengan kelebihan satu gol, saya yakin kami akan mara ke pusingan seterusnya," katanya.

Bagi ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh, bekalan satu gol di laman lawan itu akan memberikan kelebihan buat pasukannya walaupun mereka ketinggalan daripada segi agregat menjelang aksi timbal balik di Kuantan, 10 Mei ini.

"Kami akan bermain di laman sendiri dan saya berharap kedua-dua pemain itu dapat menyertai kami.

"Insya-Allah, kami akan memberikan persembahan terbaik," katanya.

Advertisement

Must Watch Video