Skip to main content

Bola Sepak

Irfan debar tunggu perkembangan Tchetche

tchetche.jpg
Terengganu berdebar menanti tahap kecergasan penyerang utama, Kipre Tchetche , yang masih belum pasti dapat diturunkan berdepan Felcra FC bagi aksi Piala Malaysia 2018 esok.

Pengendali pasukan, Irfan Bakti Abu Salim, tetap mengharapkan Tchetche mampu berada dalam kesebelasan utama bagi memburu kemenangan yang bakal meletakkan mereka hampir pasti ke suku akhir.

Tatkala keputusan hanya akan dibuat pada saat-saat akhir, Irfan tidak rela kehilangan Tchetche yang menjadi nadi penting di jentera serangan.

"Saya meminta barisan pemain untuk menumpukan sepenuh perhatian bagi menghadapi aksi esok. Fokus sepanjang 90 minit perlawanan.

"Tchetche memerlukan rehat hari ini akibat kecederaan buku lali semalam. Diharapkan dia mampu kembali esok," kata Irfan.

Sementara itu, pemain tengah, J. Partiban, melihat pasukannya mampu mempamerkan persembahan lebih baik dalam kempen Piala Malaysia setelah mencatat rekod belum tewas dalam tiga perlawanan.

Dia juga mengharapkan kegagalan meraih kemenangan ke atas Felcra sebelum ini dapat ditebus setelah sekadar seri 2-2 di laman sendiri pada 18 Ogos lalu.

"Dalam liga, memang kami tidak konsisten tetapi dalam Piala Malaysia, momentum pasukan sedang bagus. Semua pemain mengikut arahan jurulatih, ditambah dengan rekod di tempat lawan yang baik dalam aksi Piala Malaysia.

"Kami akan cuba yang terbaik esok," ujar Partiban.

Advertisement

Must Watch Video