Penyerang Eibar, Takashi Inui, menjadi pemain Jepun pertama menjaringkan gol menentang Barcelona dalam perlawanan LaLiga selepas meledak gol pembukaan di Camp Nou, awal pagi tadi.
Dengan Barcelona perlu menang untuk menghidupkan peluang menurunkan Real Madrid di puncak liga pada hari terakhir musim ini, Inui mengejutkan lawan untuk membawa pasukannya mendahului perlawanan.
Pemain antarabangsa Jepun itu berada pada kedudukan yang sesuai untuk merembat hantaran silang daripada Ander Capa bagi menipiskan peluang skuad Luis Enrique.
Gol kedua liga Inui musim ini memahat namanya dalam rekod, dengan pemain berusia 28 tahun itu menjadi penanda baru untuk pemain Jepun dalam LaLiga.