INTER 0 SASSUOLO 2
Simone Inzaghi tidak berpuas hati dengan pendekatan Inter selepas tersungkur 0-2 kepada Sassuolo sambil memberi amaran kepada anak buahnya agar terus menyokong falsafah mereka seandainya berhajat mengekalkan kejuaraan Serie A.
Gol awal daripada Giacomo Raspadori dan Gianluca Scamacca membuatkan Nerazzurri kemarau kemenangan buat kali ketiga berturut-turut termasuk tewas dalam pertemuan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) kepada Liverpool di pertengahan minggu lalu.
Justeru, Inter gagal merampas persada liga, awal pagi tadi, walaupun sehari sebelumnya pendahulu, Milan, terpaksa berkongsi mata dengan Salernitana apabila tiga pasukan teratas termasuk Napoli dijurangkan tiga mata.
Sassuolo berjaya melakar kemenangan di tempat lawan ketika menentang kedua-dua kelab Milan itu dan Juventus musim ini, tetapi ia belum cukup kuat untuk menafikan kekecewaan Inzaghi terhadap persembahan longlai pasukannya.
"Saya amat marah dengan pendekatan seperti ini kerana kami mempunyai tiga hari persiapan sejak perlawanan Rabu (awal pagi Khamis lalu). Sassuolo telah menewaskan Juve dan Milan di tempat lawan, mereka beraksi dengan hebat dan kami sepatutnya berwaspada," katanya.
“Kami cuba melakukan segala-galanya dalam separuh masa kedua, mencipta begitu banyak peluang tetapi tidak bernasib baik. Kami sepatutnya menampilkan pendekatan berbeza.
"Sassuolo mempunyai kualiti teknikal yang hebat, mereka lebih segar daripada segi fizikal dan ia menunjukkan.
“Kami akan menganalisa keadaan ini, kami sedar ada 13 perlawanan lagi untuk diharungi, kami semua akan bersatu hati dan mahu terus mara ke hadapan.
"Kalau kami ingin memenangi Scudetto, kami tidak boleh melakukan pendekatan silap seperti yang kami lakukan hari ini."

❌ | FINAL WHISTLE
— Inter ??? (@Inter_en) February 20, 2022
The Nerazzurri were unable to turn this one around... #InterSassuolo 0⃣-2⃣
⚽️ 8'- Raspadori
⚽️ 26'- Scamacca
Powered by @NiloxOfficial #FORZAINTER ⚫️? pic.twitter.com/J8I07i5Czp