Romelu Lukaku berkata Inter Milan merupakan satu-satunya pasukan yang dimahukannya sambil penyerang kebangsaan Belgium itu berterima kasih kepada Manchester United dan Ole Gunnar Solskjaer dalam ucapan perpisahannya.
Lukaku akhirnya sah meninggalkan United apabila menyertai Inter dengan rekod perpindahan termahal kelab berkenaan, yang dilaporkan bernilai €80 juta (RM374.6 juta), sebelum waktu tutup jendela perpindahan awal pagi tadi.
Selepas dikaitkan dengan skuad kendalian Antinio Conte itu, Lukaku turut mendapat perhatian juara Serie A, Juventus, dengan perjanjian yang turut melibatkan pertukaran dengan Paulo Dybala, namun United tidak bersetuju dengan perjanjian yang dikemukakan itu.
Inter kemudian mengadakan perbincangan dengan United pada hari terakhir jendela perpindahan di England dan membawa Lukaku ke Milan dengan kontrak hingga 2024.
"Inter satu-satunya kelab yang saya inginkan kerana Inter 'bukan untuk semua orang'.
"Saya di sini untuk membawa Nerazzurri kembali ke puncak," katanya.
Lukaku menambah dalam Instagram: "Saya amat gembira berada di sini! Terima kasih di atas sokongan anda. Forza Inter."
Pemain berusia 26 tahun itu menghabiskan dua tahun di Old Trafford selepas hadir daripada Everton dengan perjanjian bernilai £75 juta (RM381.1 juta) pada 2017.
Ketika itu, Conte, yang masih pengurus Chelsea, berusaha keras untuk mendatangkan pemain itu ke London, namun tidak berjaya.
Lukaku menjaringkan 42 gol buat United dalam kesemua kejohanan dan pasukan itu bersedia untuk kehilangan penyerang berkenaan apabila pengurusnya, Solskjaer, lebih memilih untuk meletakkan Marcus Rashford sebagai penggempur utama.
"Kepada semua yang terlibat dengan Manchester United, daripada lembaga pengarah kepada pengurus dan kakitangannya, pemain-pemain dan peminat, terima kasih dan semoga terus berjaya pada masa akan datang @manchesterunited," tulis Lukaku dalam media sosial.
Inter -- yang menamatkan musim lalu di tempat keempat dan tidak pernah menjuarai Scudetto sejak musim 2019-10 -- akan berdepan Valencia dalam aksi persahabatan, awal pagi Ahad ini, sebelum membuka kempen Serie A dengan melayani kunjungan Lecce, 26 Ogos ini.