Bek kanan Inter Milan dan Croatia, Sime Vrsaljko, akan dipantau setiap hari selepas mengalami kesakitan di bahagian lutut sewaktu aksi antarabangsa.
Pemain berusia 26 tahun itu dipinjamkan daripada Atletico Madrid dan dia terpaksa dibawa keluar ketika permainan berbaki 20 minit sebelum Croatia tewas 6-0 di tangan Sepanyol bagi saingan Liga Negara-Negara UEFA, Selasa lalu.
Inter mengesahkan bahawa masalah yang dihadapi pada bahagian lutut kiri itu sudah mula dialaminya ketika saingan Piala Dunia, Julai lalu.
Dia terlepas aksi semalam buat Inter, di mana mereka tewas 1-0 di tangan Parma dan kini terpaksa melupakan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah berdepan Tottenham, awal pagi Rabu ini.
"Dia kini dikenal pasti mengalami bengkak pada lutut kiri dan akan dipantau secara rutin setiap hari," kata wakil Inter.
Selepas aksi di Russia, bekas pertahanan Genoa dan Sassuolo itu hanya melakukan satu penampilan daripada empat perlawanan Serie A, musim ini.
Dia kini dipinjamkan selama setahun bersama Inter dan skuad kendalian Luciano Spalletti itu berpeluang untuk mendapatkannya secara tetap pada penghujung musim.