Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap akan memanggil Intan Sarah Anisah Zulgafil berikutan kritikannya terhadap pertukaran pemain oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon.
Dalam ciapannya di X kelmarin, pemain wanita kebangsaan itu menyifatkan strategi memasukkan Romel Morales ketika Harimau Malaya berdepan Republik Korea dalam perlawanan ketiga Kumpulan E, Piala Asia 2023 sebagai satu tindakan yang tidak bijak.
Morales kemudian muncul wira negara untuk meraih satu mata apabila menemui sentuhan penyudah pada masa kecederaan di Stadium Al-Janoub untuk mengikat Taeguk Warriors 3-3.
"Kita akan menilai kenyataan yang dia maksudkan.
"Kita sentiasa mengingatkan pemain supaya sentiasa berhati-hati dalam memberi kenyataan," katanya dalam majlis sambutan kepulangan Harimau Malaya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.
Shaiful Shamsudin
Sat Jan 27 2024