Sama hangat di atas padang, aksi panas Kedah menentang Johor Darul Ta'zim turut melarat sehingga dalam terowong ke bilik persalinan tatkala perlawanan juga dicemaskan dengan insiden tidak sedarkan diri pemain sayap JDT, Gonzalo Cabrera.
Dua insiden utama yang mencuri tumpuan di sebalik kejayaan skuad Harimau Selatan kembali merakam kemenangan dalam aksi Liga Super musim ini.
Ia merupakan insiden yang berlaku dalam terowong Stadium Darulaman sejurus babak pertama tamat.
Pergaduhan tercetus membabitkan pemain dan pegawai kedua-dua pasukan gara-gara provokasi yang bermula di atas padang.
Antaranya pertengkaran antara jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak dan Gonzalo Cabrera dan beberapa lagi insiden kekasaran sepanjang 45 minit permainan. Ekoran insiden kekasaran Rizal Ghazali ke atas Cabrera.
Mengulas mengenai insiden itu, ini reaksi kedua-dua jurulatih.
"Kami tidak menggemari situasi di luar padang, kami tidak suka bergaduh, terdapat beberapa perkara yang tidak diadili dengan baik namun ia telah pun diselesaikan," kata jurulatih JDT, Benjamin Mora.
"Ia hanya berlaku ketika perlawanan dan selepas tamat semua bersifat profesional dan telahpun bersalaman selepas tamat permainan," kata Aidil.
Selain aksi panas, perlawanan juga diselubungi situasi cemas apabila Cabrera kelihatan rebah dan tidak sedarkan diri akibat pelanggaran dengan pertahanan Kedah, Renan Alves.
Pemain sayap dari Argentina itu terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut dan difahamkan mengalami kesakitan di bahagian leher.
Itu cerita luar padang, cerita dalam padang pula sudah pasti tertumpu apa yang diperkatakan oleh Mora dan Aidil mengenai prestasi anak buah masing-masing.
Tatkala Mora membuat pengakuan terbuka bahawa pasukannya enggan lagi berdepan dengan Kedah tahun ini sementara Aidil enggan menyalahkan Alves sekali pun ketika pertahanan dari Brazil itu tampak jadi punca kekalahan 1-0 semalam.
"Kami telah mengatasi mereka dua kali dan kami tidak mahu lagi bertemu mereka musim ini. Kami selesa di puncak dan kami mengekalkan kedudukan ini," kata Mora.
"Sebelum ini kami kerap meledak jaringan di awal permainan dan kini makin sukar namun kami tetap menghasilkan jaringan di penghujung permainan, perkara paling penting kami meraih kemenangan."
"Saya tidak mengulas sepakan penalti kerana jauh dari pandangan saya namun inilah bola sepak. Kami perlu menerima dan melihat ke hadapan. Saya percaya pasukan akan bangkit selepas ini."