Kempen 'Ini Padang Kita' secara rasmi akan berlangsung pada Sabtu ini, dengan warga kerja Astro berganding bahu melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pemulihan semula padang bola sepak Kampung Padang Jawa, Hulu Langat hari ini.
Inisiatif membaik pulih infrastruktur sukan bagi kegunaan komuniti setempat ini, turut memaparkan komitmen penuh Astro dalam menyokong pembangunan bola sepak akar umbi.
"Pasukan Astro juga lebih daripada sekadar individu yangd duduk dan buat kerja di meja mereka, malah sekarang mereka turun ke padang membantu.
"Paling penting adalah menggalakkan rakyat Malaysia untuk bersukan, program akar umbi ini sangat penting.
"Tanpa golongan akar umbi ekosistem tidak akan kuat," kata Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicolas John.
Kerjasama bersama Akademi Bola Sepak Serama itu disambut baik wakil pengurusan pasukan yang mengharapkan program ini mampu lebih membantu perkembangan bakat muda di kawasan itu.
"Kami menikmati menyumbang tenaga bukan sahaja untuk padang ini sahaja tetapi pasukan kami singgah ke pelbagai venue lagi.
"Kami gembira dapat menyumbangkan sesuatu kepada komuniti bola sepak terutamanya di Hulu Langat ini." tambah Pengarang Urusan Berita Dan Digital Astro Arena, Bazly Azmi.
“Ini Padang Kita”: Di Sini Semangat Bola Kita Bermula
Astro memperkenalkan kempen ‘Ini Padang Kita’ – sebuah penghormatan kepada padang-padang tempatan yang menjadi nadi dan jiwa bola sepak negara. Padang ini bukan sekadar hamparan rumput; ia adalah titik permulaan impian, medan perjuangan terawal, dan ruang yang menyatukan pemain serta penyokong dari pelbagai latar belakang.
Melalui inisiatif kelestarian ini, Astro mengutamakan pemulihan padang komuniti bukan hanya dari segi infrastruktur, tetapi juga sebagai ruang selamat dan inklusif untuk generasi muda berlatih, bermain dan membina impian mereka.
Lebih dari sekadar kempen, ‘Ini Padang Kita’ mencerminkan komitmen jitu terhadap pembangunan akar umbi bola sepak yang bermula secara kecil dalam kalangan masyarakat dan bukan hanya di stadium besar.
Dapatkan Sekarang

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya
Lengkapkan diri dengan kasut Puma FUTURE 8 ULTIMATE FG yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.
Dapatkan Sekarang