Skip to main content

Bola Sepak

Inilah sebab saya berada di sini -- Jurulatih Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

peter.jpg
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, menyeru sokongan padu daripada rakyat Malaysia agar memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil bagi perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Vietnam malam ini.

Jurulatih berusia 42 tahun itu berharap sokongan dapat diberikan kepada anak buahnya yang berjuang di gelanggang sendiri meskipun mengetahui pasukan lawan bakal memberikan saingan sengit.

"Tiada yang lebih baik daripada stadium yang penuh, mengetahui semangat bola sepak, budaya rakyat Malaysia dan menyedari bahawa adanya semangat itu di negara ini.

"Inilah sebab kenapa saya berada di sini, saya merayu kepada semua orang dan harapan saya agar semua Ultras dapat bersatu. Semua penyokong hadir ke SNBJ.






"Mereka akan berjuang habis-habisan untuk negara. Darah, peluh dan air mata untuk pastikan kamu pulang dengan gembira dengan kemenangan.

"Vietnam tidak akan berhenti, kita tahu perkara itu dan bersedia. Kami memerlukan sokongan. Jika kita bersatu, tiada siapa yang dapat menghalang kita." katanya.

Advertisement

Must Watch Video