Skip to main content

Bola Sepak

Iniesta sumbang gol sulung untuk Kobe dengan sentuhan menakjubkan

andresiniesta-cropped_ha9a8x9xbgi818nnf7vyphkc4.jpg
Andres Iniesta membuka koleksi golnya bersama Vissel Kobe dengan cara yang luar biasa ketika menewaskan Jubilo Iwata 2-1 dalam Liga.J di Misaki Park, semalam.

Pemain berusia 34 tahun itu, yang menunjukkan dia masih mempunyai kualiti penguasaan yang tinggi, hanya membuat penampilan ketiga sejak menyertai kelab itu daripada Barcelona, Mei lalu.

Iniesta mengutip hantaran daripada Lukas Podolski dan memusingkan badan ketika mengelirukan pemain lawan, Kentaro Oi, dengan sentuhan pertama yang menakjubkan.

Pemenang Piala Dunia itu kemudian mengelirukan penjaga gol, Krzysztof Kaminski, sebelum melepaskan rembatan untuk meletakkan Kobe 1-0 di depan pada minit ke-15.
 

Advertisement

Must Watch Video